Siapa sahaja yang tidak lekang memegang telefon pintar di tangan, baik melayari internet, sosial media mahupun bermain permainan dalam talian yang adakalanya berjam-jam lamanya.

Umum tahu, telefon pintar kini sangat penting untuk urusan harian kita namun berbeza pula pendapat bagi penyanyi terkenal dunia, Justin Bieber, 27 tahun, yang memilih untuk menjauhi telefon pintar demi menjaga kesihatan mental serta menyeimbangkan kehidupan antara kerja dan hal peribadi, lapor portal hiburan BuzzFeed.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kata Justin, daripada sibuk ‘bermain’ telefon pintar, alangkah baik jika masa yang terbuang itu diisi dengan momen-momen yang lebih berkualiti bersama isterinya, Hailey Baldwin serta keluarga tersayang.

d0a59001bff33bfa20dccb6448101e8a
Sumber: Yahoo Finance

“Saya mula sedar betapa pentingnya had dan batas waktu bekerja. Malah, menjauhi telefon pintar, saya juga berasa tidak dibebani ‘hutang masa’ dengan sesiapa.

“Kini saya lebih berurusan dengan pengurus menerusi iPad bukannya telefon. Saya akan bangun awal pagi sebelum 8 pagi dan berhenti kerja pada jam 6 petang,” jelas Justin seperti dipetik menerusi halaman BuzzFeed.

Menurutnya lagi, masa yang berkualiti juga dimanfaatkan untuk masa tidurnya kerana baginya kehidupan tidak akan seimbang tanpa waktu tidur yang berkualiti.

“Walaupun saya telah berjaya dalam kerjaya saya, namun itu semua bukan kejayaan. Kejayaan yang sebenar ialah masa kebahagiaan yang saya penuhi bersama isteri serta ahli keluarga,” tambah Justin lagi.

Justin juga akui bahawa pada awalnya begitu sukar untuk beliau menjauhi penggunaan telefon pintar. Namun atas bimbingan terapi, beliau akhirnya berjaya menjauhkan diri demi memiliki kehidupan bekerja yang seimbang. Jika Justin Bieber sanggup menjauhi telefon pintar miliknya, bagaimana pula anda?

Baca lagi artikel hiburan yang ‘trending’ pada pautan di bawah ini.

Walau Terkucil Ketika Menyanyi ‘Live’ Di AJL35, Nabila Razali Akui Itu Persembahan Terbaik Beliau

Gila Juara Anugerah Juara Lagu 35

Komen ‘Pedas’ Hafiz Hamidun Kepada Nabila Razali Mendapat Teguran Dato’ Fazley Yaakob

 

Sumber