Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya ramai mahu mula bersedekah dan melakukan perkara baik. Malah, cara paling mudah adalah dengan memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam satu kenyataan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar pusat bandar raya sepanjang bulan Ramadan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini disebabkan untuk mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran, selain mengekang penularan wabak Covid-19. Akan tetapi, pengagihan makanan masih boleh diteruskan melalui dua pusat gelandangan iaitu di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku, selain satu pusat komuniti iaitu Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

Tambahnya, orang ramai yang ingin menyumbang perlu menghubungi talian 03-2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan agihan, dan mereka yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Gagal Bayar Sewa 3 Bulan, Penyewa Sanggup Kurung Dan Tukar Kunci Pintu Rumah Pemilik

Chef Wan Kecewa Anaknya Nikah Tanpa Pengetahuan Di Siam, Serina Jelaskan Perkara Sebenar