Netflix Malaysia hari ini memaklumkan akan mula menghantar peringatan kepada pengguna yang berkongsi akaun mereka dengan orang lain yang tidak tinggal serumah.

Menurut Netlflix, akaun Netflix hanya boleh digunakan oleh pengguna di dalam rumah yang sama sahaja. Tetapi ia boleh digunakan oleh pengguna yang sama sewaktu di rumah, dalam perjalanan atau pergi bercuti.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Netflix

Jika anda masih mahu berkongsi akaun dengan pengguna yang tidak tinggal bersama, Netflix menasihatkan untuk memindahkan profil mereka kepada keahlian baru supaya pengguna tersebut membayar sendiri akaun mereka.

Alternatif lain adalah pengguna boleh berkongsi akaun tersebut dengan membayar tambahan sebanyak RM13 supaya ia boleh digunakan individu yang tidak tinggal bersama.

Perlu diketahui, hanya pelan langganan Standard dan Premium sahaja yang mempunyai sokongan ciri ahli tambahan. Ahli tambahan pula hanya boleh mempunyai satu profil dan tidak boleh mencipta profil tambahan.

Bagaimanapun, difahamkan ciri ahli tambahan ini belum tersedia untuk ahli yang membuat pembayaran bil menerusi rakan kerjasama Netflix buat masa ini. Jika anda mahu mengetahui maklumat lanjut, boleh layari laman Pusat Bantuan Netflix.

Sumber