Umum mengetahui kesemua surat kebenaran perjalanan untuk urusan bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebelum ini terbatal mulai 1 Jun 2021.

Terbaharu, surat kebenaran beroperasi bagi tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh akan dikeluarkan menerusi sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh Miti. Bagaimanapun, surat tersebut hanya akan dikeluarkan setelah disahkan kementerian-kementerian berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, bagi mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi, surat yang dikeluarkan Miti akan dilengkapi dengan kod respons pantas (QR). Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M V Srikumar M Nair, QR kod tersebut akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.

Bagi perjalanan merentas negeri dan daerah untuk tujuan kecemasan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh mengeluarkan surat kebenaran. Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa 1 akan dilaksanakan selama 2 minggu bermula hari ini, 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan ‘total lockdown’ di Malaysia pada pautan di bawah ini.

Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Sesak, Ada Cubaan Balik Kampung Sebelum ‘Total Lockdown’?

Ini Perkhidmatan Yang Boleh Beroperasi Sepanjang Pelaksanaan ‘Total Lockdown’ 1-14 Jun 2021

Sumber