Bermula dengan seorang individu seterusnya telah menjadi sebuah kluster melibatkan beberapa negeri di Malaysia. Itulah yang terjadi di sebuah kedai di Napoh yang dinamakan sebagai Nasi Kandar Salleh sehingga tercetusnya Kluster Sivagangga berikutan penularan wabak COVID-19.

Sebagai usaha untuk mengelakkan daripada berlaku penularan wabak COVID-19 daripada kluster ini, restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh telah diarahkan tutup dan disita sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) tamat pada 30 Ogos nanti

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Sumber: Malay Mail

Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, terdapat pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan yang dijalankan. Walau bagaimanapun keputusan yang dibuat pihak kerjayaan bertujuan bagi memastikan TEMCO berjalan dengan lancar.

Selain itu, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedia menarik lesen perniagaan restoran berkenaan berikutan kegagalan mengikuti SOP yang ditetapkan pihak kerajaan.

EeeuWtQUwAA0nKB

Setakat ini, Kuala Sanglang yang terletak di Perlis antara yang dikenakan TEMCO selepas Perlis yang sebelum ini sunyi beberapa bulan tanpa kes turut terpalit dengan Kluster Sivagangga.

Dilaporkan Kluster Sivagangga tidak menyimpan rekod butiran pelanggan sekaligus menjadi masalah buat orang ramai.

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

Langgar Kuarantin, Wanita Yang Makan Di Kedai Ini Disahkan Positif COVID-19

Anda Mungkin Suka