FashionValet (FV) merupakan laman e-commerce fesyen terawal yang bertapak sejak tahun 2010 lagi di Malaysia. Antara dua jenama terkenal yang duduk di bawah naungannya ialah dUCK dan Lilit.

Terbaharu, satu notis makluman penghentian operasi FV telah dikongsikan pada laman web — atas sebab mahu memperkenalkan pengalaman beli-belah secara atas talian yang lebih personalized dan pelbagai ganjaran berbaloi buat para pelanggannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik mesti berakhir
dan diganti dengan yang lebih baik.

“Dengan itu, kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda, satu pengalaman membeli-belah serba baharu, di mana anda akan mendapat inspirasi dan ganjaran yang semuanya diperibadikan khas buat anda,” petik laman FashionValet.

Sumber Gambar: FashionValet.com

Setiap pelanggan berdaftar di FV boleh menggunakan akaun sedia ada untuk mengakses dan membeli-belah di dUCK dan LILIT. seperti biasa. Kesemua mata ganjaran dan kredit daripada FV masih dikekalkan pada kedua-dua platform itu.

Kini pelanggan boleh campurkan produk-produk daripada dUCK dan LILIT. serta membuat pembayaran daripada mana-mana platform (laman web dan aplikasi mudah alih telefon pintar) kedua-dua jenama berkenaan.

Bagi memudahkan pengguna juga, pelanggan mempunyai pilihan untuk mengambil produk dibeli daripada kedua-dua jenama itu di mana-mana 9 kedai fizikal dUCK dan lima lokasi LILIT. (pada 5-hari waktu berkerja sahaja) di sekitar Malaysia dan Singapura.

Dalam pada itu, FV turut mengumumkan struktur perniagaan jenama dUCK kini juga sudah berkembang menjadi ‘The dUCK Group’.

Sumber Gambar: FashionValet.com

Pengasas bersama jenama FashionValet dan dUCK pernah meluahkan cadangan mahu menawarkan cuti tahunan tanpa had seperti dipraktikan oleh Netflix. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ambil Inspirasi Daripada Netflix, Vivy Yusof Cadang Mahu Tawar Cuti Tahunan Tanpa Had

Kenapa FashionValet Masih Rugi Walaupun Menerima Pelaburan Besar

Tabung Amal dUCk x Viva Palestina Malaysia Berjaya Kutip RM1 Juta Untuk Bantu Palestin

Sumber