Sejak pada bulan lalu, syarikat Berjaya Corporation Bhd (BCorp) sering kali menjadi sebutan ramai. Bermula dengan berita perlantikan Jalil Rasheed sebagai CEO sekaligus menjadi individu pertama dilantik bukan daripada keluarga Tan Sri Vincent Tan sehinggalah kepada keputusan Vincent Tan yang mahu sedekahkan separuh kekayaannya kepada golongan kurang berkemampuan.

Terbaharu, syarikat ini sekali lagi menarik perhatian ramai apabila Tan Sri Vincent Tan selaku pengurus konglomerat ini mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengurus eksekutif syarikat ini. Perletakan jawatan yang dibuat masih lagi mengekalkan beliau dalam senarai lembaga pengarah sebagai pengurus bukan eksekutif.

p2s1-vin
Sumber: The Malaysian Reserve

Menurut Tan Sri Vincent Tan, beliau optimis perlantikan Jalil Rasheed sebagai CEO serta dibantu oleh Datuk Seri Robin Tan selaku timbalan pengerusi eksekutif mampu membawa BCorp ke peringkat yang lebih tinggi.

Difahamkan pemilihan beliau untuk meletak jawatan berkait rapat dengan pengumuman yang dibuat pada minggu lalu di mana beliau mahu memfokuskan kepada kerja kebajikan termasuk program rumah mampu milik buat golongan kurang berkemampuan.

Sejurus selepas pengumuman perletakan jawatan Tan Sri Vincent Tan sebagai Pengurus Ekesekutif BCorp, saham saham syarikat ini dilihat ditutup dengan nilai yang lebih rendah iaitu pada harga 44 sen.

Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif Tan Sri Vincent Tan yang mahu sedekah separuh kekayaannya kepada golongan kurang berkemampuan.

Vincent Tan Mahu Sedekah Separuh Kekayaannya Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

Jalil Rasheed Muncul Individu Pertama Bukan Keluarga Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Berjaya

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta