“Ambil gambar pakai phone kamulah. Kamera kamu cantik!” Biasa tak ada kawan macam ini? Kalau mahu ambil gambar sahaja, asyik pakai phone orang lain. Alasan dia sebab kamera phone dia tak cantik. Sebagai kawan yang baik, apa kata nasihatkan kawan anda itu untuk beli phone baru sahaja.

Sekarang ini terdapat pelbagai model telefon pintar baru yang ada di pasaran. Ini kami mahu kenalkan anda dengan 2 model smartphones yang mampu berikan anda kepuasan dalam dunia fotografi dengan telefon pintar.

HONOR 20 Pro & HONOR 20 sudah mendarat di Malaysia

HONOR New

Selepas pelbagai khabar angin tentang model telefon pintar terbaru HONOR 20 Pro dan HONOR 20, nampaknya pengguna setia HONOR yang menanti kedatangannya dah boleh tersenyum kerana model ini akhirnya berada di pasaran Malaysia!

Persepsi pertama kami untuk model terbaru HONOR ini ialah terbaik! Kalau anda sedang mencari telefon pintar dengan hasil fotografi yang luar biasa, HONOR 20 Pro dan HONOR 20 adalah pilihan terbaik untuk anda. Sini kami share sedikit spesifikasi untuk 2 model ini.

HONOR 20 Pro

Camera Summary_TW_1080x600

HONOR 20 Pro tampil dengan sistem 4 kamera, gabungan antara lensa utama 48MP f/1.4, apertur terbesar di telefon pintar, 16MP lensa sudut lebar, 8MP lensa telefoto serta lensa makro 2MP. HONOR 20 Pro ketika ini berada di tangga kedua carta DxOMark dibelakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang berkongsi mata di kedudukan teratas.

Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi di kamera utama dan telefoto. Ia juga dilengkapi autofokus laser yang lebih tepat dan pantas. Selain datang dengan AIS dan mod Super Night, HONOR 20 Pro turut disertakan kuasa zum digital 30x dan mod HandHeld Moon, untuk mengambil gambar bulan tanpa tripod, cukup dengan tangan.

Peranti ini turut didatangkan dengan RAM sehingga 8GB, memori simpanan sehingga 256GB, bateri berkapasiti 4000mAh menyokong pengecasan pantas 22.5W HONOR SuperCharge.

HONOR 20 Pro akan dijual bermula 15 Ogos 2019 kelak, pada harga RM2299. Bagi anda yang berminat, korang boleh dapatkan di kedai rasmi HONOR, Shopee, Hihonor (e-dagang rasmi) dan dapat PERCUMA bagasi, HONOR mini speaker, dan selfie stick bernilai sehingga RM500*.

HONOR 20

DSC04351-Edit

HONOR 20 adalah sebuah telefon pintar dengan binaan empat kamera utama yang terdiri daripada lensa utama 48MP dari Sony IMX586, 16MP ultra-lebar, lensa Depth Assist 2MP dan lensa makro 2MP. Ia turut menyertakan bateri 3750mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W dan kapasiti RAM 6GB dan penyimpanan memori 128GB.

Antara persamaan HONOR 20 Pro dan HONOR 20 adalah kedua-duanya diperkasa SoC Kirin 980 iaitu cip Huawei paling hebat setakat ini. Di bahagian muka, mereka ada paparan sebesar 6.26” dengan resolusi HD Penuh+.

Daripada mata kasar, kedua-dua telefon nampak serupa tapi jika diamati betul-betul, ada beberapa kelainan antara mereka dan HONOR 20 adalah versi yang lebih mampu milik. Menguatkan lagi penawaran adalah jaminan tambahan selama 1 tahun seperti yang telah dipromosikan HONOR sebelum ini.

Kami share sedikit gambar yang dirakam menggunakan model terbaru HONOR. Cantik macam guna kamera DSLR!

Honor New 2

honor new 3

honor new 4

HONOR bukan sahaja ada smartphone dengan kamera yang hebat tetapi juga..

Merdeka Cover-01-01-01

Sempena dua tarikh penting negara kita iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, HONOR akan mengadakan Promosi Merdeka dari 15 Ogos hingga 16 September 2019.

Ada lebih 600,000 giveaways bakal menanti anda dan paling best mestilah harga runtuh untuk model telefon pintar HONOR yang terpilih iaitu HONOR View20, HONOR 8X, HONOR 8C.

Honor New 5

Jom rebut promosi HONOR hari ini!

Honor Last

Tunggu apa lagi? Jomlah bertukar ke HONOR 20 Pro atau 20 untuk hasil gambar persis profesional. Bukan tu sahaja, anda dapat pula hadiah eksklusif!

Jika anda hendak tahu lebih lanjut mengenai HONOR 20 PRO dan 20, anda pergi sahaja ke laman web rasmi HONOR ini. Kalau mahu tahu tentang Promosi Merdeka HONOR pula, anda boleh pergi ke HONOR Stores yang berdekatan atau pun terus ke laman web rasmi HONOR untuk info lanjut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan promosi menarik ni. Rugi kalau tak join!