Beratus orang di Amerika Syarikat telah turun ke jalan raya bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap perintah penguncian yang dilaksanakan bagi membendung wabak COVID-19 di sana.

Di dalam video yang dimuat naik oleh NowThis Politics, sesetengah dari mereka menuduh COVID-19 adalah propaganda yang diheboh-hebohkan oleh pihak media, sambil menyatakan bahawa tiada pademik yang berlaku di AS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala seorang wanita pula kelihatan menyatakan ketidakpuasan hati apabila tidak dapat melakukan aktiviti harian antaranya memotong rambut dan bekerja sejak perintah penguncian dikuatkuasakan.

Trump dalam satu kenyataan semalam telah mempertahankan para penunjukkan perasaan sambil berkata, “Ini adalah orang-orang hebat,” kata presiden AS pada sidang media semalam, ketika jumlah kematian di AS akibat COVID-19 melebihi 40.000. “Mereka mahu kembali. Mereka mahukan hidup mereka kembali. Kehidupan mereka diambil dari mereka.”

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Amerika Syarikat, klik pautan di bawah.

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000

Donald Trump Namakan Bintang WWE, Vince McMahon Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat