Baru sahaja sejumlah besar negara aktif menawarkan dos penggalak kepada orang ramai, Pfizer baru-baru ini telah mengumumkan pihak mereka sedia bangunkan vaksin khas dalam memberi perlindungan terhadap varian Omicron.

Menurut Pfizer, vaksin terbaru yang dibangunkan ini adalah vaksin hibrid yang mengandungi campuran suntikan asas dan formulasi dalam mencegah kepada varian Omicron.

Setakat ini, penghasilan vaksin ini masih lagi dalam peringkat awal di mana syarikat ini akan terus menilai formulasi hibrid dalam menghasilkan suntikan khas dan dijangka selesai dihasilkan menjelang bulan Mac.

Selain itu, Pfizer dilaporkan akan terus memperuntukkan sumber tambahan kepada unit pembangunan vaksin syarikat berkenaan dalam meneroka ruang lain bagi melebarkan penggunaan teknologi penyampai maklumat RNA.

Menurut Pfizer, mRNA adalah suatu teknologi hebat yang bukan sahaja mampu mengekang penulang COVID-19 malah membantu buat pesakit kanser serta penyakit yang jarang dijumpai.

Untuk pengetahuan, Pfizer merupakan antara syarikat penyedia vaksin terawal yang mengumumkan cadangan penawaran dos keempat.

Kita Mungkin Perlu Ambil Dos Keempat Vaksin COVID-19, Kata CEO Pfizer

Ahli Fizik Dikecam Pengikut Ustaz Selepas Betulkan Fakta Teori ‘Black Hole’