Kecoh bulan lalu apabila muncul sebuah trend prank yang melibatkan seseorang individu yang akan menjilat botol serta makanan pelanggan lain yang berada di atas ‘conveyor belt’ sushi. Perkara ini sekaligus memberi kesan kepada pemilik kedai sushi dan mereka kini berjaya menemui satu solusi dalam mengatasi masalah ini.

Sebuah restoran sushi di Jepun telah memasang kamera AI untuk menghalang perbuatan gurauan melampau itu. Rangkaian Kura Sushi mengumumkan langkah tersebut selepas melihat video seseorang lelaki menjilat botol sushi di salah sebuah restoran mereka yang menjadi viral.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Engadget

Dengan tersebarnya video perbuatan keji itu, ia telah mengancam masa depan kedai sushi yang menggunakan ‘conveyor belt’. Oleh itu, mereka telah membangunkan sistem kecerdasan buatan di mana kamera boleh mengesan piring telah diangkat dan diletak semula tanpa kebenaran lalu dimaklumkan kepada ibu pejabat.

Dari situ, pekerja pengawasan boleh mengetahui segala tindakan onar yang dilakukan secara langsung dan membuat panggilan kepada kedai berkenaan. Difahamkan dengan kehadiran sistem AI ini telah membawa hasil tangkapan kepada beberapa individu.

Kedai-kedai sushi di Jepun memandang serius terhadap isu ini memandangkan mereka sangat menitikberatkan aspek kebersihan di samping menjaga kredibiliti imej kedai. Bisnes sushi juga sangatlah besar di Jepun kerana ia merupakan tradisi yang masih dipelihara sejak turun-temurun.