Terbaharu, sebuah video tular memaparkan tindakan beberapa orang individu yang dipercayai pasukan bomba sukarela dari Pulau Pinang didakwa sedang bertengkar dengan dua pekerja di sebuah plaza tol kerana enggan membayar tol.

@andy8836

Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar toll.pendapat anda?#fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #foryou

♬ original sound – Andy 🔹 – Andy

Menerusi video tersebut, pasukan bomba sukarela itu dikatakan dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir dan meminta untuk dikecualikan dari membayar tol.

Lantaran itu, pekerja tol memaklumkan tiada pengecualian pembayaran tol bagi setiap individu yang melalui laluan lebuh raya melainkan beberapa agensi yang telah ditetapkan. Malah, video itu mendapat perhatian orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan faham mereka memberikan bantuan tetapi sewajarnya mereka membayar tol kerana ia dua perkara berbeza.

Malah, para netizen turut mengatakan ada juga jabatan kerajaan yang perlu membayar tol apabila melalui plaza tol. Ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan individu-individu terbabit.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang hangat diperkatakan sepanjang bencana banjir baru-baru ini pada pautan di bawah.

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Ambil Kesempatan Guna Namanya, ‘Abang Viva Viral’ Nafi Kutip Dana Jalankan Misi Menyelamat

‘Hanya Ada Makanan’- Wanita Ini Jelaskan Hal Sebenar Selepas Dikecam Ambil Ketuhar Di Mydin Mart