Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba sahaja Aidilfitri, pastinya tradisi duit raya diberikan buat mereka yang tersayang. Golongan kanak-kanak antara yang kerap menerima duit raya diikuti dengan ibu bapa, warga emas dan sebagainya.

Emma Maembong bersama sumi juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan duit raya pada tahun ini. Dalam pada itu, beliau memilih untuk memberikan ‘duit raya’ dengan cara yang sedikit berbeza kepada dua pembantu rumahnya iaitu dengan menghadiahkan Apple iPhone setiap seorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kegembiraan meneriam iPhone sebagai ‘duit raya’ pada tahun ini jelas kelihatan apabila kedua-dua pembantu rumahnya lompat kegembiraan sambil mengucapkan terima kasih buat pasangan ini.

https://www.instagram.com/p/CrVoYPAhKj2/

“Selamat Hari Raya, saya minta maaf kalau ada salah. Sama-sama ada iPhone baru. Sama rata. Duit raya tak ada tahun ini”

“Kerja rajin-rajin, jangan gaduh-gaduh. Kerja elok-elok” ulas suami Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar.

Keakraban pasangan ini bersama anak mereka Shafiq Gabriel dengan dua pembantu rumah dilihat sangat jelas apabila Emma Maembong turut memuat naik gambar bersama di Instagram Post dan juga Instagram Stories.