Selain lagu ‘Sikok Bagi Duo’, lagu Eta Lyubov dari Rusia turut menjadi fenomena di TikTok sehinggakan ada pengguna yang mengubah lirik lagu tersebut mengikut kesesuaian dalam bahasa Melayu.

Lagu tersebut yang dikenali sebagai ‘Cinta Ini’ dalam bahasa Melayu telah digunakan ramai pengguna TikTok sebagai background untuk video mereka dan disebabkan mendapat sambutan hangat, maka penyanyi asal lagu tersebut telah kongsikan lagu itu dalam versi bahasa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@amirchiiik

ДО КОНЦА⚠️ 😂😂😂MALAY VERSION

♬ оригинальный звук – Амирчик

@amirchiiik

New sound «Cinta ini» release?) версия песни на Малайском языке😤💖

♬ Cinta ini – Амирчик

Penyanyi dari Rusia tersebut yang bernama Amirchik itu menghasilkan lagu itu dalam versi bahasa Melayu selepas menyedari lagu terbabit diparodikan banyak pihak hingga mencetuskan kekeliruan terhadap makna sebenar lagu nyanyiannya itu.

Lantaran itu, para penggemarnya di Malaysia berasa terharu kerana penyanyi tersebut menghasilkan lagunya itu dalam versi bahasa Melayu. Malah, para peminat juga mengatakan bahawa mereka seperti dihargai disebabkan penyanyi itu sanggup hasilkan lagu dalam versi bahasa Melayu.

Malah, rata-rata netizen juga memuji sikap dan ‘effort’ yang ditunjukkan oleh penyanyi tersebut untuk menambat hati peminat di Malaysia. Sebelum ini, pernah tercetus isu mengenai lagu viral tersebut yang dikatakan mempunyai lirik tidak sesuai kerana membawa maksud tidak elok.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Popular Dengan Lagu ‘Sikok Bagi Duo’, Ini Penyanyi Yang Berjaya Cipta Fenomena Di TikTok

Penangan TikTok, Lelaki Malaysia Ini Sanggup Ke Indonesia Untuk Rasai Pengalaman Dikejar Zombie