Setiap perkara yang anda lakukan pastinya mempunyai sebab tertentu, boleh jadi terpengaruh atau terinspirasi. Begitulah dengan kisah bagaimana lelaki ini boleh jatuh cinta untuk mengembara.

Christian Carollo, jurugambar dari Amerika Syarikat ini mula berminat untuk mengembara setelah melihat album foto peninggalan datuk dan neneknya. Itupun pada asalnya hanyalah kebetulan sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan hanya berbekalkan foto peninggalan datuk dan neneknya, dia nekad untuk merakam semula kenangan indah ini buat tatapan generasinya yang akan datang pula. Maka disinilah bermulanya pengembaraan beliau.

Siri kembara memburu semula lokasi-lokasi yang pernah dilawati oleh datuk dan neneknya dahulu ini dijudulkan sebagai ‘Past Present Project‘, di mana dia cuba untuk mengambil gambar betul-betul pada lokasi yang sama bersumberkan foto vintaj datuk dan neneknya dahulu.

Anda boleh lihat hasil fotografi oleh Christian Carollo dalam siri ini di bawah. Satu inspirasi yang cukup besar, Cool!.

Golden Gate Bridge | April 1979 & May 2015
Lucia Lodge in Big Sur | April 1979 & May 2015
Fishermen’s Grotto in San Francisco | April 1979 & May 2015
Groveland | April 1979 & May 2015
Valhalla Pier in South Lake Tahoe | June 1981 & May 2015
Cafe Du Monde in New Orleans | February 1978 & April 2014
Jackson Square in New Orleans | February 1978 & April 2014
Oak Alley Plantation in Vacherie | February 1978 & April 2014
Cafe Du Monde | February 1978 & April 2014
Old Mesilla | April 1979 & October 2014
White Sands National Monument | April 1979 & October 2014
Cedar Pass Campground in Badlands National Park | May 1981 & October 2013
Needles Highway in Custer State Park | 1973 & 2013
The Market Square Tavern in Colonial Williamsburg | February 1978 & December 2014
Stanton Hall in Natchez, Mississippi | September 1974 & April 2014
Tunnel View | April 1979 & May 2015
Yosemite Entrance | April 1979 & May 2015

17

Ini kisah pengembaraan Christian Carollo, bagaimana pula dengan kisah anda?

Sumber