Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi adalah sebuah medium yang memberikan penggunanya kebebasan untuk bersuara dan juga mendapatkan maklumat terkini dengan pantas.

Sudah sewajarnya para pengguna media sosial untuk menggunakan medium tersebut dengan berhemah. Terbaharu, tular komen seorang lelaki berkongsikan tips berhubung cara-cara untuk isteri memikat hati suami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi komen tersebut, lelaki itu mengatakan bahawa isteri perlu meniru cara pelacur untuk menambat hati suami iaitu dengan berpakaian seksi dan memiliki ‘aset’ yang mantap. Malah, lelaki tersebut turut menyindir isteri yang tidak tahu menjaga penampilan.

Komen tersebut mendapat perhatian dan mencetuskan kemarahan netizen. Rata-rata netizen mengecam kenyataan yang diberikan lelaki itu dan menyifatkan pemikiran lelaki itu sangat menjijikkan.

https://twitter.com/farizzatii/status/1407303363323043846

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa kenyataan lelaki itu adalah satu penghinaan kepada wanita. Malah, seharusnya dalam perkahwinan saling menerima pasangan dan saling perbaiki bukannya mengkritik secara melampau seperti ini.

Tahukah anda akan kewujudan komuniti ‘swinger’ dalam kalangan rakyat Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Meriah Tawar Menawar, Netizen Terkejut Wujud ‘Group Tukar Pasangan Suami Isteri’ Di Facebook

Isa Isarb ‘Cabar’ Aedy Ashraf Untuk Lawan Tinju Secara Sah?