Sebut mengenai Arab Saudi, pastinya orang ramai cukup tahu di mana negara ini popular sebagai negara kunjungan dan idaman umat Islam. Dua bandar iaitu Mekkah dan Madinah berjaya menerima kunjungan ramai sepanjang tahun dan semakin meningkat sewaktu musim Haji.

Terbaharu, dalam usaha untuk meningkatkan nilai komersial negara, Arab Saudi dilaporkan sedia melabur sekitar 142 bilion Riyal (~RM175 bilion) dalam usaha untuk menjadikan negara tersebut sebagai hab permainan video dunia. Difahamkan pelaburan ini dibuat oleh Savvy Games Group yang merupakan anak syarikat di bawah dana kekayaan berdaulat Arab Saudi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebagi rekod, 50 bilion Riyal (~RM62 bilion) bakal dilaburkan untuk mengambil alih syarikat pembangun game dalam usaha untuk menjadi rakan strategik manakala 70 bilion Riyal (~RM86 bilion) lagi bakal digunakan untuk membeli saham dalam syarikat yang menyokong Savvy Games Group.

20 bilion Riyal (~RM25 bilion) lagi bakal dilaburkan bagi tujuan perniagaan manakala 2 bilion Riyal (~RM2.5 bilion) akan digunakan untuk pelaburan syarikat e-sukan.

Sumber: venture beat

Pelaburan mega yang dilakukan ini sekaligus bakal memperlihatkan wajah baharu negara Arab Saudi yang bukan sahaja terkenal dengan kunjungan umat Islam untuk melakukan ibadah, malah sebagai hab gaming terhebat dunia.

Sumber