Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasti anda mengenali nama Tiara Jacquelina iaitu seorang pelakon versatil yang terkenal dengan lakonannya sebagai Puteri Gunung Ledang satu ketika dahulu.

Dalam satu sesi ‘live’ di Instagram, Tiara Jacquelina mendedahkan pernah menerima tawaran berlakon di Hollywood namun terpaksa menolak peluang tersebut. Menurutnya, beliau terpaksa menolak disebabkan babak-babak yang kurang sesuai dengan budaya orang Asia menjadi faktor utama beliau melepaskan tawaran berkenaan.

Tambahnya, sehingga kini dirinya ada dipanggil ejen untuk menghadiri uji bakat watak orang Asia. Perbezaan budaya menjadi faktor utamanya melepaskan tawaran kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi jika terpaksa menolak babak yang kurang sesuai dengan orang Asia.

Malah, Tiara tidak terkilan dengan keputusan yang diambil sebaliknya bimbang jika ada adegan babak cium dalam filem berkenaan yang sememangnya bertentangan dengan budaya. Beliau turut menegaskan bahawa jika ada babak cium memang dirinya tidak akan buat.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Dibuang Dari Syarikat, Usahawan Ini Kecewa Dikhianati Suami Sendiri

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang

Admin ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Basuh Orang Atasan Dan Nyatakan 18 Tuntutan

Anda Mungkin Suka