Pada 8 Ogos lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan kelonggaran buat mereka yang berada di negeri dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk dine-in di kedai buat mereka yang lengkap mendapatkan dua dos suntikan vaksin mengikut SOP yang ditetapkan.

Berita tersebut sekaligus turut memberi kelegaan buat orang ramai khususnya para peniaga dalam meraih jumlah jualan yang lebih tinggi.

WhatsApp-Image-2020-06-27-at-20.47.50-1

Sumber: buletin mutiara

Terbaharu, pihak kerajaan memaklumkan sedang pertimbang kelonggaran pembukaan pasar malam di negeri fasa satu di lokasi yang tidak berisiko tinggi dalam usaha menjaga kesihatan mental orang ramai.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein ini walau bagaimanapun masih lagi dalam peringkat cadangan serta masih menantikan pendapat daripada golongan pakar untuk membenarkannya. Selain itu, beliau turut memaklumkan negeri dalam fasa satu masih lagi tidak dibenarkan dine-in pada ketika ini.

Tular pada minggu lalu apabila rakyat Perlis gembira dapat kembali makan di restoran selepas berjaya berada dalam fasa 3 PPN.

Sudah Boleh Makan Di Restoran, Netizen Cemburu Orang Perlis ‘Flex’ Di Media Sosial

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan ‘Dine-In’ Di Restoran

Pernah Menjadi Lokasi Tumpuan Di Kedah, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Pacific Star Parade

Anda Mungkin Suka