Kehadiran MRT sememangnya memudahkan orang ramai dalam pergerakan seharian khususnya buat warga Lembah Klang Dan Selangor. Akses ke pelbagai tempat dengan harga berpatutan membuatkan MRT menjadi pilihan berbanding pengangkutan awam yang lain.

Terbaharu, MRT Corp telah berkongsi rekaan stesen MRT Jinjang yang sedia beroperasi seawal pertengahan Julai 2021 ini. Meskipun, perkongsian yang dibuat merupakan berita baik khususnya buat mereka yang berada di sekitar Jinjang, perhatian netizen nampaknya lebih tertumpu dengan rekaan stesen MRT ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
151807228_4081531545211549_6240173034522478748_o
Sumber: facebook Mrt corp
153066627_4081531498544887_3102331526213405622_o
Sumber: facebook Mrt corp
151779894_4081531241878246_2925627562244769835_o
Sumber: facebook Mrt corp
152474076_4081531665211537_3201208352204757481_o
Sumber: facebook Mrt corp

Menurut para netizen, rekaan yang difahamkan dihasilkan untuk menjimatkan kos pembangunan ini terlihat begitu oldskool. Tidak kurang netizen yang melabelkan rekaan yang dihasilkan seakan rekaan zaman 80-an serta gudang kilang papan. Berikut antara komen netizen mengenai rekaan stesen MRT Jinjang.

Screen Shot 2021-02-26 at 3.51.46 PM
Sumber: Facebook MRT Corp
Screen Shot 2021-02-26 at 3.51.10 PM
Sumber: Facebook MRT Corp
Screen Shot 2021-02-26 at 4.35.19 PM
Sumber: Facebook MRT Corp

Di sebalik pelbagai kecaman yang diterima menerusi rekaan yang ditampil, terdapat juga netizen yang mempertahankan rekaan MRT Jinjang yang dikatakan berkonsepkan rekaan serambi rumah Melayu yang turut memenangi anugerah di Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2019.

Screen Shot 2021-02-26 at 4.35.07 PM

Adakah anda berpendapat rekaan yang minimal dan menjimatkan kos MRT Jinjang ini sudah memadai atau anda mendambakan rekaan seakan MRT Bukit Bintang yang lebih moden dan kondusif? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Tular pada minggu lalu apabila grup Riak Apa Hari Ini di Facebook telah menjadi serbuan terbaru netizen selepas menampilkan beberapa perkongsian yang penuh riak dan gelak tawa.

Raih 70K Ahli Dalam Masa Singkat, Grup Riak Apa Hari Ini Menjadi Serbuan Terbaru Netizen

Rentas Negeri Demi Hadir ‘Wedding’ Sahabat Dan Langgar SOP, Influencer Ini Dicari Pihak Polis