Untuk membina PC, anda boleh sahaja menggunakan sebarang casing yang ditawarkan oleh jenama terkemuka di luar sana dengan mudah. Namun, buat sesetengah individu ada yang terpaksa berfikir di luar kotak untuk membina PC dengan bajet yang terhad.

Kini sudah dikesan seorang individu berjaya membina PC di dalam sebuah microwave oven dan boleh digunakan seperti biasa. Menerusi ciapan Jake Lucky, beliau telah memuat naik video di mana seorang lelaki di Brazil membina PC di dalam microwave oven selepas kehilangan kerjanya semasa COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, teman wanitanya juga memberikan sokongan dari segi kewangan yang berjumlah $900 (~RM4,230). Berdasarkan gambar yang dikongsikan, microwave ini dilengkapi dengan kad grafik, kipas, papan induk dan juga lampu RGB.

Apa yang membuatkan ramai teruja adalah bagaimana beliau boleh menyumbat pelbagai komponen di dalam satu ruang yang kompak dan berfungsi dengan jayanya. Selain boleh berfungsi sebagai PC, masih boleh dilihat microwave ini juga berfungsi  seperti biasa dengan suhu yang dipaparkan.