Jika anda merupakan pengguna media sosial, pasti sahaja ada kiriman-kiriman yang dibuat netizen menunjukkan kedegilan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun sudah hampir dua minggu ia dikuatkuasakan dan bakal menganjak ke dua minggu terakhir masih ada kalangan kita yang berdegil terutama remaja dan kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, seorang lelaki dari Terengganu tampil dengan idea pelik tapi menarik bagi memastikan golongan remaja dan kanak-kanak ini stay at home sebagaimana saranan Perdana Menteri kita.

Muhammad Urabil sebelum ini tampil dengan idea pelik untuk berpakaian sebagai hantu serba putih dan berdiri di atas van sebelum memuatnaik gambar tersebut ke Facebook.

“Masih ramai orang terutama remaja yang keluar malam dan tidak patuh arahan, (jadi) saya mengambil pendekatan memuat naik gambar itu di Facebook (FB),” katanya kepada Harian Metro.

Gambar beliau menyamar menjadi hantu itu menurutnya diambil isterinya sebelum dikongsikan di Facebook.

Mengulas mengenai tujuannya memuatnaik gambar tersebut, Muhammad Urabil berkata beliau pada mulanya hanya ingin mengusik kanak-kanak di kawasan perumahan berdekatan.

Harapan saya supaya mereka patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan.

“Nampaknya, pendekatan itu berjaya kerana ramai yang percaya pada gambar itu dan bimbang untuk merayau pada waktu malam,” katanya.

Tidak dapat dinafikan, memang terdapat sebahagian besar dari kalangan rakyat kita yang degil untuk mematuhi PKP. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai telatah rakyat Malaysia yang sepanjang tempoh ini berkuatkuasa sejak dua minggu lalu. 

Penduduk Lari Bertempiaran Ketakutan Selepas Kena ‘Sound’ Gagal Patuhi PKP

Masih Berkumpul Walaupun Dilarang, Netizen Kongsi Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19