Sejak beberapa tahun lalu, China mula menyekat pengaruh selebriti dan influencer di media sosial serta harus dipantau agar tidak terpengaruh dengan pengaruh luar negara.

Kini, kerajaan China telah mengharamkan para selebriti dan influencer untuk mempamerkan kekayaan mereka atau sebarang bentuk ‘keseronokan yang melampau’ di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk merombak industri hiburan negara itu dan ‘menyederhanakan’ kandungan yang boleh menyebabkan gangguan sosial.

Presiden China, Xi Jinping. Sumber gambar: CGTN

Menurut laporan, badan Pentadbiran Ruang Siber China turut melarang agar golongan ini tidak menyebarkan khabar angin, menerbitkan maklumat palsu atau peribadi dan memulakan provokasi yang boleh memulakan serangan lisan antara satu sama lain serta menggalakkan peminat untuk mengambil bahagian dalam pengumpulan dana haram.

Bagi menguatkuasakan peraturan baru ini, rangkaian sosial China akan memantau dan melaporkan sebarang aktiviti haram dan jenayah melibatkan selebriti kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, bintang filem terkenal Zhao Wei pernah ‘hilang’ disebabkan undang-undang baharu. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Didakwa ‘Digam’ Kerajaan China, Kemunculan Semula Pelakon Shaolin Soccer Ini Curi Tumpuan Peminat

Berjaya Bintangi Filem Marvel Shang-Chi, Ronny Chieng Akui Masih Setia Pada Malaysia

5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang ‘Staycation’ Di Kuala Lumpur