Pelawak dan juga pelakon Ali Puteh pada semalam dilaporkan telah memfailkan saman balas kepada kakak iparnya Nor Hidayah Mohd Ali, selepas isteri kepada arwah pelawak itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dirinya sebelum ini.

Saman tersebut menurut laporan Astro Gempak turut menyenaraikan usahawan kosmetik Dato Aliff Syukri- yang sebelum ini pernah memuat naik video yang mencetuskan kontroversi selepas kematian Abam Bocey pada Februari lalu sebagai defendan kedua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

553 (1)

Mengulas mengenai saman yang difailkannya itu, Ali berkata tindakan itu dibuat pihaknya selepas mengadakan perbincangan dengan peguam dan mengambil kira beberapa perkara yang menimpa mereka sekeluarga susulan video tular itu sebelum ini.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.

Dalam sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu pada semalam, Nor Hidayah bagaimanapun menjelaskan dia tidak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dibuat Alif Syukri dalam video yang tular itu sebelum ini.

Beliau bagaimanapun pada semalam mengakui membawa keluar dari rumah tabung berisi wang kertas yang dikatakan merupakan hasil tabungan bersama arwah suaminya dan empat utas jam tangan.

Selain itu beliau juga dilaporkan mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik arwah suaminya dan memasukkan kedua.

Beliau yang dihubungi Astro Gempak selepas itu bagaiamanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai saman tersebut dan percaya kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” jelasnya.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai isteri arwah Abam Bocey yang berniaga cempedak demi menyara keluarga di pautan di bawah. 

Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Sumber