Penulis skrip China Wang Hailin mendakwa di akaun Weibo milikya pada Khamis bahawa, di bawah permintaan Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan China (NRTA), artis China tidak dibenarkan menggunakan nama dalam bahasa asing. Ini termasuk nama yang kelihatan asing, lapor Yahoo News.

Contohnya, Yang Ying tidak boleh lagi menggunakan Angelababy, dan La Mu Yang Zi – nama seperti orang Jepun – perlu menggunakan nama Cinanya. Walaupun dakwaan ini belum disahkan, namun menurut catatan terbaharu La Mu Yang Zi di laman Weibo pada minggu ini seolah-olah mengesahkan laporan itu secara tidak langsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia mengumumkan bahawa dia akan kembali kepada nama kelahirannya Li Jiaqi. Dia memberitahu peminatnya untuk memanggilnya Xiao La jika terdapat kesukaran untuk memanggil nama kelahirannya.

Bagaimanapun, larangan ini didakwa tidak diterima oleh netizen China. Bagi mereka terdapat persoalan yang timbul sama ada penyiar milik kerajaan China CCTV akan menukar logonya, yang terdiri daripada aksara Inggeris. Yang lain merasakan bahawa ia adalah “keterlaluan” dan sambil menambah adakah larangan ini akan bersifat menyeluruh termasuk larangan ke atas kelas bahasa Inggeris, lagu dan filem antarabangsa.

Sebagai tindak balas kepada perbincangan hangat, Wang menambah bahawa ini bukan peraturan baharu. Sejak 20 tahun lalu, NRTA telah meminta agar sarikata drama tidak boleh mempunyai nama Inggeris. Sebagai contoh, “Cindy” perlu diubah suai kepada “Xin Di” yang setara dengan bahasa Cina.

Sebenarnya, larangan ini tidak hanya terhad kepada industri media. Tahun lalu, beberapa netizen menyatakan bahawa laluan kereta api bawah tanah baharu di Beijing telah menukar nama stesen tersebut. Daripada memanggilnya “Stesen XX”, mereka telah menggunakan “XX Zhan”, yang merupakan sebutan “stesen” dalam bahasa Cina.

Wang terkenal kerana terlalu kritikal terhadap budaya hiburan Cina. Walaupun ada yang menyokong pandangannya dan memahami kebimbangannya, tetapi ramai juga yang tersinggung dengan kenyataan melampaunya.

Bagaimana negara China menceroboh Malaysia secara diam. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Negara China Menceroboh Malaysia Secara Diam