Kecoh di media sosial apabila negara kita merupakan negara ketiga teramai ‘sugar daddy’. Lebih mengejutkan, ramai mahasiswa yang terjebak menjadi ‘sugar baby’ dan isu ini membimbangkan ramai pihak.

Menerusi laporan The Star, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengatakan tindakan yang tegas perlu diambil jika dakwaan peningkatan jumlah mahasiswa yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu benar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan ‘sugar daddy’ termasuk menyekat penggunaan aplikasi Sugarbook agar dapat mengekang isu ini.

Menurutnya, perkembangan yang sangat membimbangkan ini menggambarkan keruntuhan moral dan pada masa sama menunjukkan kegawatan kewangan golongan pelajar yang semakin meruncing hari ini.

Malah, perkara itu masih dalam siasatan kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan sewajarnya.

Bagi anda yang terlepas isu ini sebelum ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki ‘Sugar Daddy’ Paling Ramai Di Asia

Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

Bagaimana Aplikasi ‘Pelacuran’ Golongan Elit Ini Lulus Untuk Diiklankan Di Malaysia?

Sumber