Walaupun NFT dilihat semakin tenat pada ketika ini, sebahagian entiti masih menggunakan medium ini untuk membuat dagangan duit secara ‘haram’ tanpa boleh dikesan oleh pihak berkuasa.

Terbaharu, sekumpulan penggodam bergelar Belarusian Cyber Partisans berjaya menjual NFT yang mempamerkan pasport presiden Belarus, Alexander Lukashenko.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter

Menurut kumpulan penggodam itu, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada pengumpulan dana bagi memerangi rejim berdarah di Minsk dan Moscow.

Malah, penggodam ini telah menggodam pangkalan data kerajaan yang mempunyai maklumat pasport setiap warga Belarus bagi membolehkannya melancarkan koleksi NFT dipanggil Belarusian Passports termasuklah memaparkan maklumat sebenar pemimpin Belarus.

Namun begitu, sesetengah pemerhati mendakwa maklumat pada pasport digital tersebut adalah palsu kerana kesilapan transkripsi pada muka depan frasa Republic dan kesalahan ejaan Aleksandr. Penggodam masih cuba menjual pada hari lahir Lukashenko menerusi pasaran OpenSea namun telah dipadam.

Jurucakap OpenSea pernah mengatakan kepada Gizmodo bahawa projek tersebut melanggar peraturan syarikat kerana ia seharusnya tidak mendedahkan maklumat pengenalan peribadi orang lain tanpa persetujuannya.

Kumpulan penggodam ini telah mengumpul dana menerusi kriptowang untuk membiayai aktivitinya. Berdasarkan laporan yang diterbitkan sebelum ini, kumpulan gerila siber Belarus telah berjaya mengumpul $84,000 (~RM390,432) pada enam bulan sebelumnya.