Elon Musk baru sahaja mengambil alih perkhidmatan media sosial terkemuka Twitter. Selepas menjadi pemilik mutlak syarikat tersebut, Elon Musk telah melakukan beberapa perubahan dalam memastikan platform Twitter boleh terus bersaing dengan yang lain.

Terbaharu, Elon Musk kini dilaporkan telah mengarahkan untuk mengurangkan pekerja Twitter. Menerusi memo yang dikeluarkan, Elon Musk telah mengarahkan para pengurus untuk menyenaraikan pekerja yang perlu dibuang. Buat masa ini tidak diketahui berapakah peratusan pekerja yang bakal terkesan dengan pembuangan itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: New York Times

Sebelum ini, Elon Musk juga telah membuang CEO dan CFO Twitter. Untuk pekerja Twitter yang lain, pengurangan dijangka akan dilakukan sebelum 1 November sekaligus memberi peluang untuk Elon Musk tidak membayar pemberi saham kepada pekerja yang dibuang.

Difahamkan Elon Musk perlu membayar sejumlah wang besar pampasan mencecah ratusan juta ringgit kepada sejumlah pihak di dalam Twitter. Dengan usaha mengelakkan kos bertambah, beliau mengambil langkah drastik untuk membuang individu yang memegang saham Twitter.