Jika sebelum ini platform Twitter dilaporkan membuang ribuan pekerja, kini giliran Meta pula untuk berbuat sedemikian di mana sudah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu. Hal ini kerana prestasi Meta yang tidak memberangsangkan pada tahun ini.

Menurut laporan WSJ, Meta bakal mengambil tindakan membuang pekerja dalam seawal Rabu pada minggu ini. Ini juga merupakan buat pertama kalinya dalam syarikat itu melakukan pengurangan tenaga kerja dalam skala besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Forbes

Meta dilaporkan mempunyai lebih 87,000 kakitangan pada penghujung September 2022. Pengurangan tenaga kerja ini adalah antara langkah yang diambil bagi mengurangkan kos operasi sehingga 10% setiap bulan seperti yang diumumkan oleh Zuckerberg sebelum ini.

Nilai saham syarikat menjunam lebih 70% selepas Facebook mengubah haluan untuk menfokuskan pada platform metaverse berbanding media sosial mereka. Malah, laporan sebelum ini juga menyatakan dunia Meta yang dihasilkan mempunyai jumlah pengguna aktif bulanan yang sangat rendah.

Sumber Gambar: Newsncr

Tindakan Meta menggurangkan tenaga kerja ini sudah boleh dijangka kerana mengikuti jejak langkah sejumlah syarikat teknologi utama dunia dalam menggurangkan kos operasi. Di samping itu, pembekuan penambahan kakitangan juga diimplementasi kerana dunia meramalkan berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan.

Sumber