Sebagai langkah untuk memudahkan serta membantu para pekerja mendapatkan vaksin dalam menjalani kehidupakan seharian, Media Prima Berhad (MPB) pada 6 Julai 2021 telah menjayakan program vaksinasi kepada 1,500 kakitangan tetap, kontrak serta vendor di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan MPB, Rafiq Razali, inisiatif ini dijalankan bagi membolehkan warga kerja memperoleh vaksin dalam tempoh dua minggu sekaligus membolehkan kakitangan dapat bertugas dari rumah dengan selamat.

Selain itu, beliau memaklumkan matlamat MPB bukan sahaja memfokuskan kepada kakitangan sebaliknya kepada individu pihak mereka kerap berurusan.

ezgif-2-adabd7b97891
Sumber: Berita Harian

Program vaksinasi MPB yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam yang dikendalikan SelVAX ini menerima hampir 6,000 penerima vaksin sehari. Operasi PPV yang dijalankan ini turut memudahkan orang ramai di mana para penerima tidak perlu menunggu giliran yang lama dalam mendapatkan vaksin.

Peranan kakitangan media yang sentiasa berhubung dan berkhidmat pada masyarakat ini mendesak golongan ini untuk segera mendapatkan vaksin dalam usaha untuk mengurangkan penularan dalam industri.

Sebagai rekod, Media Prima Bhd berjaya mencatat keuntungan bersih yang tinggi sebanyak RM4.2 juta sepanjang suku pertama 2021

Media Prima Bhd Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM4.2 Juta Pada Suku Pertama 2021

ntv7 Masih Terus Beroperasi Dan Tidak Ada Perubahan Pemilikan, Kata Media Prima

Sumber