Indonesia memperagakan buat kali pertama filem Satria Dewa: Gatotkaca yang memaparkan sedikit pengenalan mengenai ‘hero’ baharu bagi wayang Indonesia. Menurut pengarahnya, Hanung Bramantyo, dia dan pihak produksi sedang berusaha untuk menjadikan filem Satria Dewa: Gatotkaca sebaik mungkin agar ia tidak ketinggalan berbanding filem adiwira luar negara seperti Marvel dan DC.

Teaser selama 30 saat itu dibuka dengan adegan Gatotkaca lakonan Rizky Nazar jatuh dari ketinggian. Teaser itu kemudian menunjukkan Rizky Nazar menjerit dan menutup pergaduhan Gatotkaca dengan watak lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/hanungbramantyo/status/1496072041635913729?s=21

“Walaupun ini filem tempatan, kami tetap mendorong diri, kebolehan kami, untuk meneroka kebolehan kami, sekurang-kurangnya dari satu segi,” kata Hanung dalam tayangan teaser Satria Dewa: Gatotkaca. “Secara teknikal, memang jelas kita akan ketinggalan. Tapi dari segi perasaan, cerita dan macam-macam boleh dinikmati,” sambungnya.

Satria Dewa: Gatotkaca telah memulakan proses produksi sejak 2019. Namun produksi filem ini tergendala akibat pandemik COVID-19. Selain itu, pihak produksi juga mengambil masa yang lama untuk memproses susunan visual menggunakan CGI (Computer Generated Imagery) sehingga akhirnya mengeluarkan ‘look’ pertama pada Selasa lalu.

Gatotkaca merupakan watak wayang yang sangat popular. Hanung berkata wayang merupakan nilai baginya yang boleh diubah dalam pelbagai bentuk termasuk filem, “Saya melihat wayang sebagai nilai, bukan sebagai sesuatu yang saya sembah. Bagi saya, jika nilai itu positif, kenapa tidak. Bagi yang melarang, saya rasa boleh kerana dikhuatiri wayang akan digunakan untuk ibadah. Mungkin, ” kata Hanung seperti dilaporkan oleh CNN.

8 filem tidak mainstream Indonesia yang sarat mesej dan berbaloi ditonton. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

8 Filem Tidak ‘Mainstream’ Indonesia Yang Sarat Mesej Dan Berbaloi Ditonton

Sisi Lain Poligami Diangkat Menerusi Filem Ini Tetap Bisa Bikin Penonton Menangis

Selepas 4 Tahun, Netizen Teruja Filem Sekuel Pengabdi Setan Sah Bakal Ditayangkan Tahun Ini