Sebut mengenai Tan Sri Tony Fernandes pasti seluruh Malaysia mengenalinya. Berjaya membangunkan syarikat AirAsia membuatkan beliau diidolakan ramai.

Terbaharu, sebagai usaha untuk berkongsi lebih banyak pengalaman dan pandangan beliau dalam pelbagai isu, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan bakal lancarkan podcast berjudul Talks with Tony.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EE55FDD0-91CE-4334-838E-4C578F799656

Podcast ini bakal mengupas pelbagai topik menarik yang telah membantu membentuk jati diri beliau pada hari ini. Menarik, terdapat beberapa tokoh dan usahawan terkemuka bakal tampil dalam podcast terdiri daripada will.i.am, Presiden UFC Dana White dan penerbit dan komposer David Foster

Talks with Tony boleh diakses melalui aplikasi Syok mulai 1 Ogos, selain di laman web rasmi TalkswithTony dari 2 Ogos serta menerusi platform podcast, termasuk Spotify, Google dan Apple dari 8 Ogos.

Ikuti episod pertama yang memaparkan sisi berbeza Tan Sri Tony Fernandes menerusi topik kejayaan, kegagalan, tabiat dan lain-lain. Apakah satu perkara pelik mengenainya yang hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja? Nantikan jawapannya di episod pertama pada minggu ini.

Tony Fernandes pada akhir tahun lalu dilaporkan telah menjual hartanah 125 ekar di Scotland. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Selepas Menjadi ‘Rider’ Makanan, Tony Fernandes Dilaporkan Jual Hartanah 125 Ekar Di Scotland

Tony Fernandes Dakwa Cara Pemerintah Tangani COVID-19 ‘Mengerikan’