Tidak dinafikan impak dan aura Khabib Nurmagomedov telah membuatkan mereka yang tidak pernah menonton Ultimate Fighting Championship (UFC) juga turut memberi perhatian kepada sukan ini.
Pengumuman persaraan Conor McGregor daripada dunia UFC yang dibuat pada Jun lalu diikuti dengan Khabib Nurmagomedov baru-baru ini secara tidak langsung telah membuatkan UFC hilang seri berikutan kehilangan dua individu yang dikenali ramai.
30-0
— Ali Abdelaziz (@AliAbdelaziz00) November 10, 2020

Dalam pada itu, pengurus Khabib Nurmagomedov menerusi laman Twitter beliau baru-baru ini telah membuatkan orang ramai teruja selepas memuat naik sebuah tweet merujuk kepada rekod yang diimpikan Khabib iaitu 30-0. Sebagai rekod Khabib kini 29 perlawanan tanpa kalah dan cuma perlukan satu lagi perlawanan untuk mencapai target.
Sebelum ini, Dana White selaku presiden UFC telah memujuk Khabib untuk mempertimbang semula persaraan beliau serta kembali bertarung di UFC.
Berbeza pula dengan janji Khabib kepada ibunya dimana beliau memaklumkan pertarungan beliau bersama Justin Gaethje baru-baru ini adalah yang terakhir. Semuanya dibuat kerana beliau tidak lagi dapat bertarung tanpa ayahnya disisi.
I would prefer still to see Khabib vs Tony, Tony has the Jits to beat Khabib
I don’t want to see GSP come back. If it’s at 155 then I believe Khabib wins, too big of weight cut for GSP. Any other weight than 155, then Khabib has no fuckin chance to beat GSP.— Derek Price (@KelekaPrice1991) November 10, 2020
Meskipun orang ramai mengimpikan perlawanan semula antara Khabib dengan Conor McGregor, peminat UFC nampaknya lebih teruja untuk menyaksikan Khabib bertemu Tony Ferguson. Hal ini kerana Tony Ferguson dikatakan lawan sebenar buat Khabib Nurmagomedov.

Setakat ini, Khabib Nurmagomedov masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pilihannya sama ada untuk terus bersara atau kembali buat kali yang terakhir.
Conor McGregor yang dianggap musuh utama Khabib Nurmagomedov turut mengucapkan takziah seusai mendengar berita mengenai pemergian bapa Khabib.
Berhenti Kelahi Seketika, Conor McGregor Ucap Takziah Buat Bapa Khabib
Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC
- SUMBER
- Essentially Sports