Sebut sahaja mengenai tumbuhan ganja, pasti ada sahaja pendapat antara pihak yang menyokong serta menolak penggunaannya. Buat negara Thailand, kerajaan mereka telah membenarkan penanaman ganja sebagai tanaman komersial sekaligus menjadi sumber ekonomi petani sekaligus menjadi negara pertama di Asia yang membenarkannya.

Menerusi kenyataan yang dibuat kerajaan Thailand, daun, akar dan batang tumbuhan ganja telah dikeluarkan daripada senarai bahan terlarang Jenis 5 membolehkan para pengusaha meluaskan penggunaan ganja pada produk seperti tekstil, kosmetik dan juga makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1200×800
Sumber: bloomberg

Walau bagaimanapun, mereka yang mahu mengeluarkan, menjual atau memiliki ganja di Thailand perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menawarkannya secara sah.

Bukan itu sahaja, kerajaan Thailand juga berhasrat untuk jadikan negara mereka sebagai negara pilihan pelancong yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai perubatan melibatkan ganja.

https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_1138236770_0x0
Sumber: Forbes

Di sebalik kelonggaran yang dibenarkan kerajaan Thailand, negara tersebut masih bertegas dengan penggunaan biji benih dan bunga tumbuhan tersebut yang didakwa mempunyai kandungan dadah yang tinggi.

Pada akhir tahun lalu, PBB telah mengeluarkan ganja daripada senarai dadah merbahaya serta melabelnya sebagai tanaman ubat.

PBB Keluarkan Ganja Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Kini Dianggap Sebagai Tanaman Ubat

Ini Jawapan Tenang Peniaga Selepas Rakan Kantoi Layan Ganja Ketika Sedang ‘Live’

Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai