Dah bertahun asyik menyewa, takkan korang takde angan-angan nak beli rumah sendiri? Yelah, kalau dah ada rumah sendiri semuanya jadi lebih senang. Keluarga nak datang melawat atau nak hias rumah cantik-cantik dah takde masalah lagi.

Tapi kami faham sebenarnya ramai yang susah hati takut tersalah buat pilihan. Sebab tu dalam artikel kali ni kami nak share kriteria utama yang korang wajib ambil tahu sebelum buat keputusan untuk pilih rumah idaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Cari lokasi yang strategik

Ya, sebelum korang sibuk fikir pasal harga rumah atau perkara lain yang boleh bikin pusing. Sebenarnya lokasi rumah adalah perkara pertama yang patut berada dalam kepala korang tau. Ingat guys, kita beli rumah bukannya nak duduk sehari dua je.

Screen-Shot-2020-05-04-at-1.10.12-PM

Jadi, make sure korang cari lokasi rumah yang betul-betul strategik dan dekat dengan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, bank, pusat membeli belah, kedai runcit dan sebagainya. Paling best kalau dapat rumah yang senang untuk akses ke highway!

2. Fasiliti mestilah cun

Kalau korang nak tahu berbaloi atau tak rumah yang korang pilih tu, perkara kedua yang perlu dititikberatkan ialah fasiliti. Projek perumahan sekarang ni dah makin maju, sepatutnya fasiliti yang tersedia dekat rumah baru nanti mestilah cun belaka.

gym-rat

Setidaknya, perumahan korang perlulah ada kemudahan asas seperti tempat letak kereta percuma, gimnasium, kolam renang dan bonus kalau dewan serbaguna pun ada sekali. Pendek kata, senang kalau nak buat apa-apa event.

3. Reka bentuk rumah biar puas hati

Setel bab dekat luar rumah, sekarang kita beralih ke bahagian dalam rumah pulak. Kami yakin bab rekaan dalaman rumah ni semua orang pun kalau boleh nak cari yang betul-betul puas hati. Jadi, sebaiknya korang jangan terburu-buru buat pilihan rumah semata-mata terpedaya dengan janji manis ‘rumah mampu milik’.

I-wish-I-lived-here-living-room-1b

Di zaman serba moden ni, sebenarnya korang boleh dapat rumah jauh lebih berbaloi dengan reka bentuk dalaman yang cantik, saiz rumah yang luas, siap dilengkapi separa berperabot lagi tau. Pendek kata, boleh masuk terus duduk tak payah pening kepala lagi dah.

Belum tahu nak duduk mana?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, betul ke boleh dapat semua kriteria yang kami kongsikan dekat atas tadi? Wujud ke pemaju perumahan yang tawarkan kemudahan sesempurna itu? Ya, sebenarnya memang ada! Kalau korang nak tahu, EcoWorld kini memperkenalkan jenama terbaru mereka iaitu duduk – dengan konsep perumahan vertikal yang betul-betul sempurna dan memukau mata.

94750457_148391443361383_6650973324207718400_o

Lepas ni, korang tak perlu risau sebab boleh duduk dengan selesa di perumahan high-rise Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary sebab kedua-duanya terletak di antara dua lokasi strategik iaitu Eco Ardence di Setia Alam dan Eco Sanctuary pula terletak di selatan Kota Kemuning. Kedua-dua lokasi ni memang terkenal sebagai kawasan perbandaran yang sangat strategik sebab ia dikelilingi dengan kemudahan seperti hospital, sekolah, bank, pusat membeli belah dan banyak lagi.

Luas dan lengkap, fasiliti sempurna

Kalau korang nak tahu, duduk menawarkan rumah high-rise berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan 3 bilik dan 2 bilik air serta reka bentuk yang praktikal. Kalau beli unit kat Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary, datang sekali dengan pakej separa perabot dan pelbagai barangan asas rumah pintar. Untung sakan wei, tak payah korang pening kepala nak buat pengubahsuian besar semua.

Screen-Shot-2020-05-12-at-9.20.27-AM

Bab fasiliti perumahan pulak korang tak perlu risau sebab kedua-dua perumahan duduk diberi 2 tempat letak kereta percuma untuk setiap unit rumah. Ia turut dilengkapi clubhouse, kolam renang, gimnasium dan dewan serbaguna untuk kemudahan seisi keluarga. Pendek kata, memang puas hati dan selesa sakan kalau korang duduk kat sini nanti.

Kalau sudah jatuh hati, jemputlah duduk!

Screen-Shot-2020-05-12-at-9.20.27-AM

Apa yang kami boleh tambahkan, duduk ni ibarat durian Musang King. Sekali pandang dah tahu kualitinya top dan confirm puas hati. Kalau korang dah mula jatuh cinta dan berminat nak dapatkan lebih banyak informasi tentang duduk – jenama baru EcoWorld, boleh je daftar terus dekat laman sesawang duduk atau layari facebook duduk hari ini juga!

Beberapa hari lepas, kami kongsikan hasil ‘makeover’ rumah yang bermodalkan RM450,000. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Daripada Konsep Hotel Sri Malaysia Ke Industrial, Lihat ‘Makeover’ Rumah Ini Yang Bermodalkan RM450,000

Bayaran Penuh Dibuat Tetapi Rumah Terbengkalai, Netizen Bongkar ‘Scam’ Syarikat Milik Artis Veteran

IKEA Rusia Hasilkan Panduan Bina Khemah Untuk Kanak-Kanak Di Rumah Menggunakan Perabot Mereka