Terbaharu, muncul dakwaan wujudnya sindiket penipuan poligami tanpa perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama. Difahamkan, pernikahan menggunakan kaedah tersebut melibatkan ahli korporat, orang kenamaan dan selebriti tempatan yang dikesan aktif sejak lebih setahun lalu.

Lantaran itu, Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan kewujudan sindiket tersebut. Menurut presiden PPMM, Che Hassan Che Johan berkata, pihaknya menerima aduan tidak rasmi daripada pihak tertentu berkaitan penipuan poligami di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
fdd0
Gambar hiasan. Sumber: K-blog

Menurutnya, sindiket tersebut didalangi oleh golongan profesional sehingga mampu mengaturkan pernikahan golongan kenamaan tanpa perlu kebenaran isteri pertama. Malah, hal tersebut hanya akan diketahui isteri selepas dihubungi mahkamah atau dimaklumkan pihak ketiga mengenai pernikahan itu.

Tambahnya, beliau akan merujuk isu berkenaan kepada pihak berwajib termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan selanjutnya bagi merungkai persoalan bagaimana dokumen seperti MyKad boleh dimanipulasi bagi tujuan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendedahkan ada kemungkinan wujud kegiatan itu yang turut membabitkan ‘orang dalam’. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan poligami di The Vocket pada pautan di bawah. 

Giliran Si Madu Pula Kongsi Kisah Dilamar Kahwin Poligami Serta Keindahannya

Sisi Lain Poligami Diangkat Menerusi Filem Ini Tetap Bisa Bikin Penonton Menangis

Ini Mungkin Jawapan Terbaik Untuk Kisah Suami Kak Mah Yang Curang Yang Viral Beberapa Hari Lepas

Sumber