Sejak akhir ini, pelbagai urusan dapat dilakukan dengan mudah secara dalam talian. Membeli barangan mahupun membayar bil bulanan semuanya dapat dilakukan dalam beberapa klik sahaja.

Kemudahan yang ditawarkan pastinya memudahkan orang ramai di mana anda tidak perlu lagi bergerak dan bersesak semata-mata untuk menyelesaikan urusan anda.

giphy

Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu keluar dari rumah dan bersesak dengan membayar parking dan menghabiskan masa yang banyak dalam menyelesaikan komitmen bulanan anda melibatkan bayaran bil, penghantaran wang kepada keluarga dan sebagainya.

Memperkenalkan Akaun Simpanan-i OctoSavers

CIMB akaun simpanan

Sebagai usaha untuk memudahkan pengguna khususnya pengguna baru, CIMB menerusi garis panduan e-Know Your Customer (eKYC) sedia menawarkan langkah pembukaan Akaun Simpanan-i OctoSavers secara digital. Lebih menarik, pembukaan akaun ini dapat dilakukan hanya menerusi telefon pintar, pada bila-bila masa, dimana jua anda berada.

Ianya diperkenalkan untuk tujuan mengelakkan orang ramai bersesak di bank serta menjimatkan masa. Berikut adalah cara-cara membuka Akaun Simpanan-i OctoSavers buat pendaftar baharu dan juga pelanggan CIMB yang sedia ada.

Cara-cara membuka Akaun Simpanan-i OctoSavers buat pelanggan baharu

CIMB

Anda yang berminat untuk membuka akaun bersama CIMB tidak lagi perlu bersesak di bank, sebaliknya hanya perlu mengikuti lima langkah mudah sahaja.

Cara-cara membuka Akaun Simpanan-i OctoSavers buat pelanggan CIMB

CIMB_2

Berpeluang meraih OctoPoints berganda dan segera

CIMB_3

Menerusi Akaun Simpanan-i OctoSavers, anda berpeluang meraih pelbagai ganjaran menerusi challenge yang tersedia. OctoPoints anda boleh ditebus dalam bentuk baucer daripada laman e-baucer popular dan juga e-wallet seperti Shopee, Zalora, Grab dan Lazada. Menariknya, semuanya dapat dilakukan secara terus dan segera menerusi aplikasi CIMB Clicks.

Melalui pembukaan Akaun Simpanan-i OctoSavers, anda akan menerima kad debit yang dihantar terus ke rumah. Oh ya, bayaran tahunan turut dikecualikan untuk Kad Debit Octo anda. Menarik bukan? Sekiranya anda berminat untuk membuka akaun CIMB buat kali pertama tanpa perlu hadir ke bank, anda boleh klik di sini untuk muat turun aplikasi CIMB Apply untuk pendaftaran lanjut.

Pelanggan yang memiliki Akaun Semasa/-i dan/atau Akaun Simpanan/-i CIMB, sila buat permohonan melalui laman web CIMB Clicks. Produk ini tidak ditawarkan untuk pelanggan pinjaman dan/atau pembiayaan CIMB buat masa ini. Anda boleh memohon Akaun Simpanan/-i yang lain melalui laman web CIMB.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

CIMB adalah ahli PIDM. Akaun Simpanan-i OctoSavers dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

60E6DA60-D5D8-4DD9-89A6-4D24252D1976

Ikuti perkongsian daripada lelaki ini mengenai tip menguruskan wang moratorium sepanjang musim PKP berlangsung.

5 Tip Berguna Buat Orang Ramai Urus Duit Moratorium Sepanjang Musim PKP Berlangsung

Perancang Kewangan Kongsi Bagaimana Pampasan Kenderaan ‘Total Loss’ Dikira