Sejak pandemik COVID-19 menyerang dunia, dapat dilihat hampir setiap setiap negara telah menutup laluan antarabangsa bagi membendung penularan wabak merbahaya ini. Malah, sehingga kini laluan antarabangsa masih lagi belum bebas dibuka seperti era sebelum COVID-19 berikutan penularan wabak ini yang masih lagi aktif.

Terbaharu, sebagai langkah untuk merancakkan program perjalanan antarabangsa, China telah melancarkan sebuah sistem yang dinamakan sebagai pasport virus.

Kehadiran sistem ini membolehkan warga China memuat turun sijil berkenaan dalam memaparkan status vaksinasi serta keputusan terhadap virus. Selain itu, Dilaporkan pasport virus yang diperkenalkan China turut mirip dengan pasport virus yang dibincangkan di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).

Difahamkan penggunaan pasport virus bertujuan untuk membantu mempromosi pemulihan ekonomi serta membantu perjalanan rentas sempadan. Penggunaan kod QR membolehkan setiap negara mendapatkan maklumat kesihatan pelancong dengan mudah.

Tular pada minggu lalu apabila guru dan kakitangan sekolah di Kajang telah diarah kuarantin selepas terdapat kes positif COVID-19 di sekolah berkenaan.

Disahkan Positif COVID-19, 20 Guru Dan Kakitangan Sekolah Di Kajang Telah Diarah Kuarantin

Muhyiddin Disuntik Vaksin COVID-19, Lancar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Hari Ini