Adat berniaga pasti bertemu dengan pelbagai ragam serta karenah manusia. Ada hari dapat pelanggan yang mudah diuruskan, ada hari dapat pelanggan yang menguji kesabaran.

Itulah yang terjadi kepada seorang peniaga serta restorer jam tangan G-SHOCK, Shahrul Zaman. Beliau berkongsi screenshot perbualan pemilik G-SHOCK yang menukar bateri jam di kedainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan perbualan tersebut, pelanggannya ‘bertegas’ mahu tulisan JAPAN pada bateri tersebut dapat dilihat dengan jelas. Secara logiknya, ia merupakan permintaan remeh kerana kedudukan tulisan tersebut tidak akan nampak pun apabila back case jam tangan dipasang.

“Sesungguhnya ini adalah ujian untuk saya. Jap saya tengok lain,” balas Shahrul melayan karenah pelanggannya. Shahrul terus juga menukar kedudukan tulisan tersebut sehingga pelanggannya puas hati. Lebih syahdu, Shahrul melayan permintaan pelanggan beliau ini pada jam 2.00 pagi.

Moga kejadian ini boleh menjadi iktibar kepada kita semua supaya sentiasa memudahkan kerja orang lain. Peribadi saudara Shahrul Zaman juga perlu dipuji kerana tetap tenang melayan permintaan pelanggan sehingga perkara kecil seperti ini.

Sekiranya anda mahu membeli, restore atau membuat rekaan custom jam tangan G-SHOCK, anda boleh terus hubungi saudara Shahrul Zaman di sini.

Ini pula kisah bagaimana seorang budak menjadi inspirasi Kikuo Ibe untuk menghasilkan jam tangan G-SHOCK yang pertama. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bagaimana Seorang Budak Kecil Beri Idea Untuk Kikuo Ibe Hasilkan Model G-SHOCK

Selepas G-SHOCK TMJ, Tular Pula Model GA-2000S Yang Dipakai Tengku Zafrul