Umum tahu Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana beberapa sektor telah ditutup waktu operasi dengan lebih awal bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19. Berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat, kerajaan turut mengumumkan PKP yang lebih ketat buat seluruh rakyat Malaysia.

Di sebalik pengumuman yang dibuat, pengarah Michael Ang berjaya mencuri tumpuan ramai menerusi inisiatif menarik yang dilakukan. Melui perkongsian yang dibuat di Instagram, Michael Ang sedia mencari 10 individu yang dapat buktikan mereka melakukan self lockdown sehingga 8 Jun 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang lebih menarik, ganjaran RM500 sedia diberikan oleh Michael Ang sendiri buat mereka yang dapat buktikan berjaya melakukan self lockdown pada 10 Jun 2021.

Usaha Michael Ang dalam mengajak orang ramai membendung penularan COVID-19 nyata berjaya mendapat respon positif daripada orang ramai. Tidak kurang juga mahu sahut cabaran daripada Michael Ang tanpa sebarang ganjaran.

Screenshot 2021-05-23 at 11.12.29 AM
Sumber: instagram Michael Ang
Screenshot 2021-05-23 at 11.12.42 AM
Sumber: instagram Michael Ang
Screenshot 2021-05-23 at 11.13.20 AM
Sumber: instagram Michael Ang

Melihat kepada kes COVID-19 yang mencecah lebih 6,000 sehari, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga SOP dan mengelakkan diri daripada melawat kawasan yang berisiko tinggi agar rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Tular sebelum ini apabila terdapat sepasang artis yang mengaku tidak bersalah di mahkamah meskipun terdapat bukti video. Ketahui lebih lanjut mengenai penjelasan peguam ini mengenai kenyataan yang dibuat artis berkenaan.

Sudah Ada Bukti Video, Peguam Ini Jelaskan Sebab Artis Mengaku ‘Tidak Bersalah’ Di Mahkamah

Kerap Langgar SOP, Lebih 57,000 Netizen Bersetuju Neelofa Dipenjara Tanpa Kompromi