Sedia maklum, Aeril Zafrel mendedahkan dirinya dan keluarga hampir di sihir selepas menemui 3 objek misteri. Lantaran itu, Caprice dalam satu video memberikan pendapat agar pihak berkuasa seperti JAIS dan JAKIM untuk menubuhkan unit khas menangkap bomoh serta mereka yang mengamalkan ilmu hitam ini.

Selepas itu, Caprice telah diganggu dan menerima banyak panggilan daripada bomoh yang tidak puas hati ke atas dirinya. Menerusi perkongsian Caprice, seorang Ustaz telah menjawab telefon bagi pihaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/tv/CLCWuREhCTe/?igshid=10lss42rzh4ww

Menurut Caprice, nombor telefon bomoh tersebut dikenalinya kerana pernah menelefonnya tahun lepas dimana bomoh tersebut menuduh Caprice telah menikahi anaknya tanpa pengetahuannya.

Bukan itu sahaja, bomoh yang dikenali sebagai pakcik Nasir dari Rawang itu cuba mendapatkan maklumat akan dirinya seperti alamat rumah dan tempat kerja untuk cuba menyihir melalui telefon pintar.

Ustaz yang menjawab panggilan tersebut menjawab soalan dengan tenang dan cuba ‘psiko’ kembali bomoh tersebut sehingga mengaku dirinya sebenarnya bomoh. Dapat dilihat, bomoh tersebut seperti sudah habis akal dan juga tidak puas hati.

Malah, Caprice juga mahu minta bantuan pihak polis atau mana-mana pihak kerana lelaki yang dikatakan bomoh itu tidak henti-henti menelefonnya. Apakah pendapat anda mengenai isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Kampus Bukan Pampers’- Telatah Pengacara Ini Tersasul Ketika Live Buat Netizen Terhibur

Keliru Hukum Lafaz Talak Dalam Drama, Michael Ang Mahu Netizen Kongsi Pendapat