Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum mengetahui akan kemelut yang melanda antara Ali Puteh dan juga isteri arwah Abam Bocey, Hidayah. Isu tersebut telah mendapat perhatian ramai dan para netizen berpendapat sewajarnya mereka berbincang sebaiknya antara satu sama lain.

Menurut Ali, walaupun kes tertunda disebabkan PKP, tetapi kes berkenaan sudah didengar di hadapan hakim melalui prosedur yang diadakan secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Tambahnya, kes ini akan dibicarakan dalam waktu terdekat dan saman ini dikeluarkan terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pada 27 Ogos tahun lalu.

Difahamkan, ia merupakan tindakan balas Ali Puteh terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Malah, Ali turut berasa lega kerana proses undang-undang kini telah bermula dan berharap segalanya akan dipermudahkan. Menurutnya juga, beliau tidak akan membiarkan maruah keluarga dipijak-pijak dan kebenaran akan terbongkar serta menjawab makian netizen terhadap dirinya dan keluarga.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan isu ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Kemelut Balu Abam Dan Ali Puteh, Achey Akui Pernah Beri Saranan Bersama Fad Tetapi Tidak Diterima

Mahu Kebenaran Terungkai, Ali Puteh ‘Balas’ Saman Isteri Arwah Abam Bocey

Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

Anda Mungkin Suka