You can have my tools but you will not have my skills (anda mungkin boleh membeli peralatan yang kami gunakan tetapi anda tidak mungkin boleh memiliki bakat kami)”.

Itulah luahan seorang pelukis potret @c_pelukis_potret atau nama sebenarnya Yasser Yazid ketika dihubungi The Vocket bagi mengulas perkongsiannya mengenai ragam pelanggan yang mahukan lukisan potret dihasilkan beliau dengan harga murah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian asalnya itu menceritakan perbualannya bersama seorang pelanggan yang mahu membayar harga murah untuk lukisan potret ala Neelofa yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini.

neelofa

Dalam perkongsian itu juga, pelanggan tersebut bukan sahaja mahukan lukisan yang akan dihasilkan itu dengan harga yang murah namun dilihat turut bersikap biadap dengan mempersoalkan kos sebenar untuk menghasilkan lukisan tersebut.

Menurut tangkap layar dikongsikan Yazzid di akaun Facebooknya, pelanggan tersebut dapat dilihat bertanyakan soalan seperti berapa harga perlatan melukis yang digunakan sebelum mempersoalkan kewajaran pelukis meletakkan harga seperti yang dinyatakan.

EgKtbbVU4AAJS2G EgKtc1EUMAAclw2

Mengulas mengenai perkara tersebut, Yasser yang juga merupakan pelukis komik bebas berkata orang ramai seharusnya lebih menghargai keringat pelukis.

Ini katanya kerana sebarang caj yang dikenakan kepada pelanggan bukanlah sekadar untuk modal dan peralatan yang digunakan dalam menghasilkan lukisan tetapi bagi menghargai masa dan usaha yang telah diberikan.

“Bila orang nego (berunding) harga kita bermaksud dia rendahkan nilai seni kita.

“Anda boleh memiliki perlatan saya tetapi anda tidak mungkin memiliki bakat saya,” jelasnya.

Tambah menyedihkan, kejadian sedemikian rupa bukanlah baru pertama kali berlaku sepanjang beliau bergelar anak seni.

Malah sebelum ini pun ujarnya sudah ada yang mengamalkan sikap hampir serupa bila berurusan dengannya.

Perkongsian Yazzer mengenai ragam pelanggannya yang mahukan potret seperti Neelofa itu sebelum ini mula tular dan menarik pelbagai reaksi daripada netizen selepas ia dikongsikan kembali di beberapa platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Ini bukanlah kali pertama artis atau pelukis menerima layanan yang tidak sepatutnya daripada masyarakat. Malah perkara hampir sama turut berlaku kepada pelukis ilustrasi ini seperti yang kami pernah kongsikan di pautan di bawah. 

Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

Walaupun ‘Ditipu’ Semasa Kecil, Lelaki Ini Hargai Sokongan Ibunya Hingga Jadi Pelukis Hebat