Sebelum ini, dalam program Test & Go yang diperkenalkan oleh kerajaan Thailand membenarkan pengembara yang sudah divaksin dari lebih 60 negara tidak dikenakan kuarantin dan berjaya menarik kira-kira 350,000 pelawat dalam masa dua bulan sahaja sebelum ia digantung.

Kini, Thailand akan menyambung semula program visa tanpa kuarantin untuk pelawat yang lengkap divaksin selepas peraturan itu digantung bagi membolehkan negara itu mengekang gelombang baharu jangkitan COVID-19 mulai 1 Februari 2022.

Untuk pengetahuan anda, kemasukan tanpa kuarantin akan diperluaskan kepada pemohon dari semua warganegara dan anda perlu menjalani dua ujian COVID-19, iaitu satu ujian ketika ketibaan dan satu lagi pada hari kelima.

Keputusan untuk melonggarkan sekatan kemasukan diambil untuk menganggap COVID-19 sebagai endemik tahun ini dan usaha untuk memulihkan sektor pelancongan yang menjadikan sumber pendapatan berjuta-juta orang.

Akan tetapi, kes baharu COVID-19 selepas sambutan Krismas dan Tahun Baru di Thailand melonjak. Malah, kes lebih tinggi berbanding ketika gelombang jangkitan varian Delta dan negara itu bergelut dengan tekanan sistem penjagaan kesihatan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak

Netizen Indonesia Dakwa Jumpa Kubur Upin & Ipin, Ini Respon Pengasas Les’ Copaque

‘Sebelum Ini Dah Sesak, Sekarang Lagilah’ – Netizen Kurang Senang Penggunaan RFID Di Plaza Tol

Sumber