Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. 

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen itu bertujuan memberi galakan kepada rakyat Malaysia memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat  bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kempen ini tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan di musim perayaan,” katanya. 

Selain itu, kempen ini turut menyasar rakyat Malaysia agar memilih SSPN sebagai pilihan utama akaun simpanan untuk menyimpan duit raya anak-anak.

‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’ mencerminkan keprihatinan PTPTN supaya rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan walaupun menyambut perayaan dalam norma baharu agar kekal meriah.

Promosi ini bermula dari 1 Mei sehingga 31 Mei 2021 dengan menawarkan hadiah duit raya bernilai hampir RM200,000 untuk dimenangi oleh 500 pemenang di Peringkat Negeri dan Peringkat Nasional.

Terbuka kepada semua pendeposit SSPN, pendeposit perlu membuat simpanan di dalam tempoh kempen bermula pada 1 Mei 2021 sehingga 31 Mei 2021. 

Peserta Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan bagi Peringkat Nasional perlu membuat simpanan bersih RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi.

image4

Manakala bagi peserta kempen Peringkat Negeri perlu membuat simpanan bersih minimum RM100 dalam tempoh berkenaan.

Selain itu, pendeposit layak untuk cabutan bagi kedua-dua Peringkat Nasional dan Peringkat Negeri sekiranya simpanan bersih adalah RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi. 

Pendeposit juga layak menerima hadiah edisi terhad dari PTPTN iaitu Jute Beg dan sampul raya sementara stok masih ada.  

image3

image1

Pendeposit boleh membuka akaun atau membuat penambahan simpanan secara dalam talian dengan melayari laman web LoveSSPN, atau boleh hadir ke kaunter cawangan PTPTN serta melalui ejen sah yang telah dilantik.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 sila layari laman web LoveSSPN.

Ketahui lebih lanjut mengenai kegigihan seorang anak muda tempatan ini yang menghasilkan sos Cheesebomb dalam usaha untuk mencipta kelainan dalam pasaran.

Mahu Cipta Kelainan Dalam Pasaran, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Terciptanya Sos Cheesebomb

Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang, Hampir 600 Cawangan Bank Di Malaysia Dijangka Tutup