3,600 pokok gergasi dari Malaysia telah dihantar ke Qatar sebagai sebahagian usaha berterusan syarikat Elegancia Group untuk mempromosikan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk Qatar dan Bumi, lapor Gulf News.

Projek yang kompleks dan mencabar logistik itu memerlukan penggunaan kapal khas untuk mengangkut pokok-pokok dalam pelayaran yang mengambil masa selama dua minggu. Difahamkan bahawa pokok tersebut mempunyai ketinggian sekitar 18m dengan bahagian akarnya dibungkus bersama-sama dengan tanah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek ini melibatkan perancangan dan penyelarasan selama beberapa bulan. Pokok yang datang dalam pelbagai saiz ini memerlukan penyediaan yang rapi sebelum dialihkan bagi mengelak sebarang kerosakan pada akar. Prosedur ini boleh mengambil masa selama 3-4 bulan bagi menggalakkan pokok membina sistem akar baru.

Setelah pokok ini bersedia untuk perjalanan jarak jauh, kapal akan menjalani proses pembersihan dan struktur dipasang untuk menyokong semasa pelayaran. Elegancia juga mengupah syarikat lain bagi projek ini yang ditugaskan untuk menjaga pokok di dalam kapal dan memastikan pengairan mereka sepanjang pelayaran sehingga pemunggahan di Doha.

Juara penuh gaya, atlet ini kongsi emas sambil memakai jam tangan bernilai RM1.46 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Juara Penuh Gaya, Atlet Ini Kongsi Pingat Emas Sambil Memakai Jam Tangan Bernilai RM1.46 Juta

Berikut Adalah 5 Negara Terkaya Di Dunia, 2 Daripadanya Adalah Jiran Malaysia

Putera Mahkota Saudi Kena ‘Main’, Beli Lukisan Palsu Dipercayai Milik da Vinci Pada Harga RM2 Bilion