Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Isu berbangkit mengenai sikap sesetengah stesen TV tempatan yang lebih memilih pelakon utama dalam sesebuah drama atau filem berdasarkan jumlah pengikut media sosial mereka kini kembali jadi bualan.

Lantaran itu, ada beberapa penerbit telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. Terbaharu, Nam Ron yang merupakan seorang pelakon telah menyahut cabaran pihak stesen TV dan juga penerbit untuk meraih pengikut yang ramai.

Nam Ron telah memuat naik dua foto tidak memakai baju di Twitter dan mengatakan mampu meraih 1 juta pengikut di media sosial sekiranya sering kali berkongsi foto sedemikian rupa.

Bukan itu sahaja, Nam Ron berseloroh mengatakan akan memuat naik foto bogel sekiranya sasaran tersebut tercapai sebelum tahun depan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Nam Ron.

Malah, para netizen turut mengajak lebih ramai lagi untuk ikuti media sosial Nam Ron agar bakat Nam Ron tidak disia-siakan. Rata-rata netizen juga berharap pihak stesen TV dan penerbit akan lebih menghargai bakat bukannya hanya melihat pada populariti.

Tahukah anda, ada filem tempatan yang ditolak tayangannya di stesen TV berbayar? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Ditolak Stesen TV Berbayar, Filem Frontliner Bakal Ditayangkan Di Netflix 30 September Ini

Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen

Kecuaian Punca Kemalangan Maut, Ahmad Dhani Tepati Janji Sara Enam Janda Sejak 8 Tahun Lalu

 

Anda Mungkin Suka