Jika anda peminat kereta-kereta klasik, sudah pasti anda cukup kenal dengan Facebook Group ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ yang sentiasa penuh dengan hantaran mengenai kenderaan buatan sebelum tahun 2000 yang ada di Malaysia.

Baru-baru ini ada seorang lelaki bersama rakannya terserempak sebuah kereta Mercedes klasik di atas jalan, lalu dia cuba mengejar kereta itu bagi membolehkan kawannya merakam kereta Mercedes klasik yang mereka jumpa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alangkah terkejutnya mereka apabila melepasi kereta Mercedes klasik tersebut kerana ia dipandu sendiri oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Tok Mat’ yang cukup dihormati dan disenangi oleh orang ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan Tok Mat tersenyum apabila dirinya dirakam semasa beliau sedang memandu kereta klasik tersebut. Video itu telah meraih perhatian ahli Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000 Official yang meminati model kereta Mercedes klasik serta peminat ‘Tok Mat’ yang lain.

Sumber Gambar: Kereta Sebelum Tahun 2000 Official
Sumber Gambar: Kereta Sebelum Tahun 2000 Official
Sumber Gambar: Kereta Sebelum Tahun 2000 Official
Sumber Gambar: Kereta Sebelum Tahun 2000 Official
Sumber Gambar: Kereta Sebelum Tahun 2000 Official

Untuk pengetahuan semua, sebelum Tok Mat terjun ke dalam bidang politik, beliau adalah tokoh korporat berjaya yang telah memegang beberapa jawatan tertinggi di pelbagai syarikat korporat.

Salah satunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada jenama kereta buatan Jerman, Mercedes-Benz. Ketika waktu itu, beliau memegang jawatan tersebut di syarikat pengedar rasmi Mercedes-Benz terkemuka di negara iaitu Cycle & Carriage Berhad selama 10 tahun dari 1994 sehingga 2004.

Walaupun pameran kereta tidak boleh dilakukan semasa endemik ini, orang ramai mengambil inisiatif berkongsi minat sama di dalam Facebook Group ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Umpama Satu Acara Pameran Kereta, Laman ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ Jadi Bualan Orang Ramai

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Sumber