Empat hari kerja dalam masa seminggu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Parlimen Singapura bagi menambah baik keseimbangan hidup dan kerja rakyatnya di tengah-tengah situasi pandemik.

Bercakap semasa perbahasan Fortitude Budget, anggota Parlimen, Mohamed Irshad menekankan bahawa wabak COVID-19 telah memaksa rakyat Singapura untuk menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu dalam jangka waktu yang sangat singkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Irshad mengusulkan kepada Parlimen bahawa Singapura perlu beralih dari sistem kerja tradisional iaitu lima hari kerja dalam masa seminggu ke sistem empat hari kerja dalam seminggu dengan pilihan untuk bekerja dari rumah pada hari kelima dan mempunyai sistem kerja yang lebih fleksibel.

Dia memberi contoh seperti syarikat terbesar dunia, Microsoft yang telah menunjukkan contoh yang baik bahawa sistem kerja empat hari seminggu mampu untuk meningkatkan produktiviti hingga 40%.

Irshad turut menambah bahawa sistem yang sama turut dipertimbangkan di New Zealand bagi tujuan mempromosikan keseimbangan hidup dan kerja yang lebih baik serta meningkatkan pelancongan domestik untuk membantu ekonomi negara.

Bagi anggota Parlimen, Yip Pin Xiu, bekerja dari rumah juga merupakan cabaran bagi mereka yang kurang upaya. Kekurangan alat dan teknologi untuk membantu golongan kurang upaya akan menambah beban buat mereka untuk terus bekerja.

“Ramai di antara mereka (orang kurang upaya) menghadapi cabaran sosio-ekonomi dan mungkin tidak mampu membeli peralatan IT, alatan dan jalur lebar untuk membantu mereka menghadapi kehidupan dengan lebih baik dalam jangka masa ini,” katanya.

Tahun lalu, Microsoft Jepun membutikan bahawa sistem empat hari kerja mampu untuk membantu pekerjanya meningkatkan produktiviti. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sistem Empat Hari Kerja Bantu Microsoft Jepun Tingkatkan Produktiviti

Finland Bakal Perkenal Sistem Empat Hari Kerja, Mahu Rakyat Lebih Produktif

Tekanan Di Tempat Kerja Disebabkan Majikan Yang Kurang Peka Tentang Kesihatan Mental

Sumber