Keadaan yang mendesak semasa epidemik COVID-19 ini menyebabkan semua orang sanggup buat apa sahaja asalkan boleh meneruskan kelangsungan hidup, tidak kira ianya kerja halal ataupun sebaliknya.

Baru-baru ini tular satu video di media sosial di mana ada seorang lelaki berbangsa India yang merupakan pemilik bengkel motosikal menerangkan situasi bagaimana dia telah disamun semasa dalam perjalanan menuju ke bengkelnya.

Dalam video yang dikongsikan, dapat dilihat betapa kecewanya lelaki tersebut apabila rantai loket kesayangan yang dihadiahkan oleh kakaknya telah disamun semasa kejadian.

Lelaki ini bersikap profesional dengan tidak mendedahkan individu yang menyamun dan rakaman CCTV yang dia berjaya temui di kawasan berhampiran.

Pada masa yang sama, lelaki ini merayu agar rantai loket kesayangannya dipulangkan dan dia menawarkan RM500 kepada rider tersebut sekiranya dia betul-betul memerlukan wang untuk digunakan ketika waktu sesak ini.

Video tersebut telah meraih ratusan reaksi orang ramai yang bersimpati dengan kejadian samun yang terjadi kepadanya dan pada masa yang sama turut geram dengan rider delivery yang tidak bertanggungjawab menyamun lelaki tersebut.

vocket-lelaki-ini-mahu-rantai-loket-dipulangkan-header-3
Sumber Gambar: Facebook SG MOTOR SPORT Enterprise
vocket-lelaki-ini-mahu-rantai-loket-dipulangkan-4
Sumber Gambar: Facebook SG MOTOR SPORT Enterprise

Setakat artikel ini ditulis, lelaki ini masih belum mendapatkan semula rantai loket yang disamun tersebut. Laporan telah dibuat dan pihak polis menasihatinya agak tidak berkongsi apa-apa maklumat di media sosial termasuklah rakaman CCTV yang diperkatakan olehnya dalam video di atas.

Orang ramai masih lagi berkongsikan komen pada video tersebut ketika waktu ini sambil mendoakan agar pemilik bengkel motosikal ini kekal tabah dan bersabar atas ujian yang menimpanya.

Pada masa yang sama, orang ramai turut mendoakan agar penyamun terbabit terbuka hatinya untuk memulangkan rantai loket kesayangan lelaki ini yang tidak boleh diganti dengan segunung emas.

Baca kisah dibawah di mana dua orang lelaki diburu polis setelah cuba mencuri motosikal rider delivery yang sedang menghantar makanan kepada pelanggannya.

Gagal Samun Yamaha Y15ZR, Dua Lelaki Kini Diburu Pihak Polis

Angkara Curi-Curi Makan Dalam Kedai, Rider foodpanda Ini Dimaki Dan Dihalau Pemilik Premis

Sumber